Tuesday 11 March 2014

Khabar angin MH370 semakin menjadi-jadi

(Dipetik daripada Astro Awani)

KUALA LUMPUR: Sejak kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak awal pagi Sabtu, ramai pihak mengambil kesempatan ini untuk mereka pelbagai khabar angin mengenainya.

Sehingga kini, informasi yang tidak benar itu dilihat banyak disampaikan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook dan Twitter dan sebagainya.
Malah, sejurus selepas berita kejadian itu tersiar, spekulasi pertama yang heboh di media sosial adalah berita mengenai pesawat tersebut telah selamat mendarat di Nanning, China.

Naib Presiden kawalan Operasi Malaysia Airlines, Fuad Sharuji kemudiannya mengesahkan bahawa berita tersebut adalah palsu.

Sikap mudah percaya kepada khabar angin menyebabkan maklumat palsu yang diterima turut disalurkan kepada orang lain, sehingga ia menjadi viral.

khabar angin
khabar angin

khabar angin

 
khabar angin
 

 
khabar angin

Apa yang pasti, kesemua khabar angin ini adalah tidak benar dan bukan dari sumber yang sahih.

Walaupun pihak MAS dan kementerian telah berkali-kali menasihatkan agar berhenti menyebarkan  apa jua spekulasi mengenai berita kehilangan pesawat tersebut, namun masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan saat genting ini sebagai satu platform untuk meraih publisiti.

Paling menyedihkan, ada juga yang berlakon di media sosial kononnya salah seorang ahli keluarga merupakan penumpang pesawat tersebut.

Sememangnya, kesemua rakyat Malaysia terutamanya ahli keluarga penumpang yang terlibat  menantikan berita baik dari misi pencarian.

Khabar angin yang disebarkan itu tidak lain hanyalah menambah sedih di hati mereka.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 sudah masuk hari keempat, namun pesawat Boeing 777-200 itu masih gagal dikesan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

No comments:

Post a Comment