Tuesday 11 March 2014

Adakah mereka kembali bersama?

Kembali demi Bieber?
Justin Bieber dan Salena Gomez


RASA cinta antara bintang remaja, Justin Bieber dan Selena Gomez, ternyata masih menebal.

Jumaat lalu, bekas pasangan kekasih ini dilihat mengunjungi sebuah restoran untuk sarapan bersama.

Menurut pemilik restoran Don Pepe’s McAllen, Lori Johnson, Bieber dan Gomez datang bersama pengawal peribadi masing-masing pada jam 10.30 pagi.

“Hampir dua jam mereka duduk bersama sambil menikmati sarapan, kemudiannya mereka dilihat berciuman dan berpelukan.

“Mereka seperti pasangan kekasih. Malah, mereka juga seakan tidak menghiraukan orang sekeliling,” kata sumber itu.

Pun begitu, baik Bieber mahupun Gomez, masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment