Monday, 31 March 2014

Dr Mahathir dilapor berada di China sehari selepas peristiwa Memali

Tun Musa Hitam - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Portal The Rakyat Post menyanggah pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa Tun Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peritiwa Memali 29 tahun yang lalu.

Portal itu dalam laporannya menjelaskan lawatan ke China diketuai oleh Dr Mahathir bersama 250 delegasi selepas negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974.

Ia disokong dengan kenyataan berdasarkan arkib kenyataan anggota Parlimen pembangkang, Lim Kit Siang pada 9 November 1985, terdapat majlis makan malam yang dibuat untuk Timbalan Ketua Setiausaha DAP, Tan Sri Lee Lam Thye, yang merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuala Lumpur, dimana beliau juga antara salah seorang delegasi ke China itu.

Laporan itu mendakwa terdapat ucapan dari Kit Siang yang berbunyi: “Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai 250 delegasi ke China, ia juga merupakan lawatan oleh perdana menteri Malaysia yang ketiga ke China selepas hubungan diplomatik terjalin antara Malaysia dan Republik Rakyat Chinapada 11 tahun yang lalu.”

Selain itu portal itu juga turut menyiarkan dua keping gambar dari arkib akhbar New Straits Times yang mana salah satu darinya menunjukkan Musa berada di Lapangan Terbang Subang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Dr Mahathir yang berangkat ke China selama 9 hari untuk lawatan rasmi.

Gambar tersebut dirakamkan pada 20 September 1985 sehari selepas berlakunya peristiwa berdarah Memali.

Sekeping gambar lagi dirakamkan pada 28 November, 1985 dengan caption yang bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad disambut oleh Presiden baru MCA, Tan Koon Swan dan ketua pemuda MCA, Senator Kee Yong setibanya di Lapangan Terbang Subang. Berada di belakang Dr Mahathir adalah Ketua Setiausaha MCA, Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir kembali dari lawatan ke China.” 

Selain gambar, ketika di China, Dr Mahathir dilaporkan memberi ucapan bertajuk “”The Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State Council of the People” pada 20 November 1985.

Dua hari selepas itu Dr Mahathir juga dilaporkan memberi ucapan di “The Return Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang.”

Pada hari yang sama, Dr Mahathir dikatakan menyampaikan ucapan bertajuk “Qing Hua University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects.”

Baru-baru ini, Musa mendakwa ketika berlakunya peristiwa Memali, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur bukan di China sepertimana yang dikatakan sebelum ini,

Musa juga menegaskan selepas kejadian itu, Dr Mahathir terus berada di Kuala Lumpur; "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau perlu menyemak semula kenyataan yang dibuat oleh Musa.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment