Tuesday 25 February 2014

Gadis 17 tahun dipaksa berkahwin enam kali

Gambar Hiasan


INDIA: Enam kali berkahwin dalam tempoh enam tahun.

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis berusia 17 tahun dari Hafeezbabanagar, India yang telah dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya, seperti yang dilaporkan akhbar berbahasa Tamil, Malaysian Nanban.

Bapanya, Mohammed Akhbar yang juga pemilik sebuah kedai pajak gadai bersama bantuan isteri ketiganya, Niloufer serta orang tengah telah mengahwinkan gadis tersebut dengan seorang lelaki bernama Basheer.

Perkahwinan tersebut dikatakan telah dibayar sebanyak Rs30,000 (RM1,600).

Tiga bulan kemudian, Basheer meninggalkannya dan gadis tersebut berkahwin dengan lelaki yang berasal dari London dengan bayaran sebanyak Rs30,000 (RM1,600).

Perkahwinan ketiga dan keempatnya adalah pada tahun lepas iaitu di Mumbai dengan lelaki dari negara Arab dengan bayaran Rs50,000 (RM2,668) dan Rs1 lakh (RM5,337) di mana setiap perkahwinan adalah selama tiga bulan.

Perkahwinan kelimanya adalah di Hyderabad dengan seorang lelaki yang berasal dari Bahrain dengan bayaran yang sama, Rs1 lakh (RM5,337).

Pada 14 Februari lepas, gadis itu telah berkahwin lagi dengan seorang lelaki berusia 50 tahun dari Sudan, tetapi berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Hyderabad dengan bantuan wakil dari pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut laporan The Times of India, Kadi yang menikahkan gadis itu pada perkahwinan yang terakhir masih diburu.

Kegiatan membeli wanita muda untuk dijadikan isteri daripada keluarga miskin bukan hanya berlaku di negara arab malah di India juga.

Akhbar itu turut melaporkan ini bukan kes yang pertama seumpamanya di mana banyak keluarga miskin mencari keuntungan dengan menjual anak untuk perkahwinan kontrak.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment