Friday 31 January 2014

Pasukan perubatan cuba kejutkan Schumacher dari koma


PERANCIS: Pasukan perubatan mula mencuba untuk mengejutkan lagenda sukan Formula One, Michael Schumacher yang koma sejak kemalangan bulan lepas.

Pengurus peribadinya Sabine Kehm memberitahu, pasukan perubatan yang merawat Schumacher telah mula mengurangkan dos ubat pelali untuk membangunkan Schumacher dari koma.

Pakar neurologi Jean-Luc Truelle berkata, proses ini dilakukan dengan perlahan bagi memastikan otak bekas juara dunia tujuh kali itu tidak tercedera.

Tambahnya, tekanan di dalam tengkorak juga perlu dipantau pasukan perubatan.

Pasukan perubatan juga telah diingatkan supaya meletakkan kembali Scumacher di dalam koma sekiranya usaha untuk membangunkannya gagal.

Scumacher, 45 tahun, cedera selepas kepalanya terhantuk di batu ketika bermain ski di kawasan peranginan pergunungan Alps pada 29 Disember lalu.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment