Sunday, 15 December 2013

Che Ta bagaikan permaisuri

Rozita Che Wan

SELEPAS hampir 10 tahun hidup tanpa suami, kini Rozita Che Wan, 40 kembali meniti bahagia bersama insan dicintainya, Zain Saidin, 29. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja dengan perkahwinan mereka.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila mereka kini telah disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama padan ini diraikan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ala New York Glamour yang bertemakan Sex In The City.

Dihoskan oleh Datuk Mahadzir Lokman majlis ini turut dihadiri oleh saudara-mara kedua mempelai, sahabat handai dan tetamu yang terdiri daripada VIP, para artis, media cetak dan elektronik serta blogger.

Mendapat jolokan ‘Wedding of the Year’, perkahwinan Che Ta diibaratkan seperti kisah pementasan yang penuh gilang-gemilang bagi penyatuan dua hati bermula jam 8.30 malam, malam kelmarin.

Suasana dewan pameran di Setia City Convention Centre bertukar menjadi segar lagi mewah ditambah pula hiasan bunga-bungaan memenuhi segenap ruang dewan.

Che Ta, yang mengenakan gaun glamor dengan perincian butiran kristal dan warna emas, rekaan Muhammad Abharuddin Aziz (Qudyn) tampil memukau dengan gimik kepulan asap (smoke machine), menantikan Zain untuk bersama-sama ke singgahsana.

Lebih romantis apabila resepsi indah mereka diiringi lagu Cinta Sesungguhnya, nyanyian Sabhi Sadhi yang juga merupakan lagu kegemaran mereka.

Tidak menunggu lama, kedua mempelai kemudiannya duduk di singgahsana khas rekaan Nasrul Nasrudin dari NAS Great Idea, yang bernilai RM200,000.

Bagaikan raja dan permaisuri Che Ta dan Zain turut merakam momen indah di singgahsana paling mahal dalam sejarah perkahwinan selebriti.

Majlis kemudiannya menyaksikan kedua pasangan mempelai menikmati makan beradap di ruangan ‘Sweetheart Castle’ yang berkonsepkan ‘candle light dinner’.

Semasa makan beradap, hos menjemput penyanyi Fazli Zainal untuk menyanyikan tiga buah lagu.

Apa yang menariknya, semasa lagu kedua nyanyian Fazli menerusi lagu popular Marc Anthony, iaitu My Baby You, kedua pasangan ini sentiasa berbalas pandangan semasa lagu ini didendangkan. Jelas lagi tersebut berjaya memperlihatkan elemen kasih sayang yang di antara kedua mempelai.

Kemudiannya, penyanyi Ayu iaitu Finalis One In A Million itu, telah menyanyikan dua buah lagu iaitu dendangan Christina Perri, A Thausand Years, dan lagu yang dipopularkan oleh Whitney Houstan iaitu I will Always Love You untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Tepat jam 9.30 malam, tetamu dapat menyaksikan persalinan kedua Che Ta dengan rekaan pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini (RR).

Che Ta kelihatan sungguh anggun dengan persalinan gaun kuning ‘mustard’ kelihatan seperti ‘ball-gown’ yang mempunyai butiran kristal penuh di bahagian pinggang dengan menggunakan 40 meter fabrik Italian Tulle. Manakala Zain pula segak menggayakan rekaan Taufik Tailor.

Pakaian sedondon ini sesuai dengan upacara memotong kek white coklat macademia dihiasi replika Eifel Tower sebagai mercu tanda percintaan mereka.

Replika angsa, menu khas

Turut menarik perhatian ialah replika angsa yang bergantungan dihiasi bunga-bungaan yang berjurai menyamai konsep 'Twilight' di malam nikah kedua-dua mempelai ini di setiap meja tetamu termasuk kenamaan.

Kenamaan yang duduk di meja utama itu turut dihidangkan dengan 9 menu khas yang dinamakan dari rancangan kedua selebriti ini seperti Nasi Primadona, Oh My Ayam Masak Merah, Daging Masak Kuzi Rania, Pajeri Nenas Kiah, Dalca Sayur Master Chef, Krim Karamel Sayang, Buahan Campuran dan Air Kordial Backcurrant Sunquick.

Antara kenamaan yang hadir ialah Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid, Penerbit drama terkenal, Pena Creative Sdn Bhd, Datin Ziela Jalil.

Artis yang turut bersama memeriahkan majlis termasuklah Izara Aisyah, Dafi, Ziana Zain, Tasha Shila, Michael Ang, Azza Elite dengan pembantu hos iaitu Mazlan Pet-pet.

Peluang bergambar

Tepat jam 10.30 malam, tetamu diminta beratur untuk menemui raja sehari ini dan bergambar untuk mengabadikan momen indah mereka. Sasha adalah orang pertama yang memberi penghargaan itu sebelum diikuti oleh keluarga, dan saudara mara sebelah Che Ta dan Zain.

Seramai 30 media yang hadir diikuti dari media elektronik, cetak dan blogger yang terbabit bagi menjayakan majlis persandingan malam ini, turut sama bergambar kenangan.


Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment