Sunday 15 December 2013

Pemuda mati lemas, rakan selamat


KUANTAN – Dua rakan yang tenggelam dibawa arus deras ketika turun ke muara Sungai Seberang Balok dekat sini, petang kelmarin berjaya diselamatkan orang awam.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Mohd Saufi Yunus, 19 disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Balok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa bersama rakan berusia 40 tahun dipercayai turun ke sungai itu kira-kira jam 5 petang sebelum kedua-duanya tenggelam dibawa arus air deras.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala rakannya yang terselamat turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Hasil laporan pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada sekiranya mahu turun ke laut atau sungai berikutan cuaca kini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di kawasan terbabit.


Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment