Sunday 17 November 2013

Shahidan tegur pihak sebarkan berita palsu insiden Pulau Pom Pom

Shahidan tegur pihak sebarkan berita palsu insiden Pulau Pom Pom

ROMPIN:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.

Katanya perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan.

"Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini.

Beliau juga menegaskan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi.

Dalam masa yang sama beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan  maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapat diambil terutama dalam menangani pelanggaran undang-undang atau memberi bantuan kepada yang memerlukan, katanya.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment