Tuesday 8 October 2013

Nina berbogel demi Obama-care!




Di kala kerajaan Amerika Syarikat berbelah bagi tentang Obamacare, pelakon drama televisyen gilaan para remaja, Nina Dobrev menunjukkan sokongan beliau terhadap Obamcare dengan menanggalkan pakaian beliau.
Apa kaitan berbogel semata-mata menunjukkan sokongan?
Pelakon Vampire Diaries berusia 24 tahun itu mengambil gambar tanpa pakaian dengan sebuah kad yang tertulis #getcovered (dapatkan perlindungan) melindungi dada beliau. 

#Getcovered dikaitkan dengan Obamacare yang membuatkan penjagaan lebih mudah didapati untuk jutaan rakyat Amerika yang tidak miliki insurans.
Nina menerangkan bahawa sebagai seorang warganegara Kanada, beliau sememangnya dilindungi dari segi kesihatan kerana itu polisi negara beliau. Jadi bagi mereka yang tidak miliki insurans, Nina menyeru mereka memperolehi dengan kadar segera kerana tanpa insurans, sama seperti berbogel.
Mungkin cara Nina Dobrev boleh menggalakkan lebih ramai dapatkan insurans kesihatan.

Sumber

No comments:

Post a Comment