Tuesday 8 October 2013

Anggota bomba mengadakan protes marah kerajaan Belgium

Anggota bomba mengadakan protes marah kerajaan Belgium

Tindakan kerajaan Belgium memotong peruntukan jabatan bomba negara itu mengundang marah pihak anggota bomba dari seluruh negara.

Mereka bertindak melakukan protes di hadapan pejabat perdana menteri di Brussels bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Anggota bomba berkenaan berkumpul sambil membawa jentera bomba dan menghalang trafik di laluan utama sekitar Brussels.

Mereka turut membakar tayar dan menyemburkan air ke arah polis anti rusuhan yang membuat kawalan di hadapan pejabat perdana menteri itu.

Pemerintah brussels kini sedang merundingkan belanjawan baru untuk negara itu.

Dilaporkan anggota bomba berkenaan marah dengan langkah kerajaan memotong manfaat insurans mereka.

Mereka juga tidak berpuas hati kerajaan tidak mengambil sebarang langkah dalam menangangi masalah kekurangan kakitangan.

Belgium adalah antara negara-negara di kesatuan Eropah yang dilanda masalah hutang yang kronik.

Negara itu dilapor memerlukan hampir satu trilion Euro bagi memenuhi keperluan kewangan dalam menyelesaikan hutangnya. -- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment