Tuesday 10 September 2013

Nurul teruja menanti 15 Oktober



Nurul Wahab memilih warna biru bagi menyambut putera sulungnya yang dijangka lahir pada 15 Oktober ini.

Selain Nurul, rakan selebriti lain turut berkongsi kegembiraan ini antaranya Ning Baizura.

Penyanyi berusia 36 tahun ini teruja untuk menyambut kehadiran anak keduanya, kali ini bersama suami Eric Daniel Depp yang dikahwininya pada Jun 2012.

Nurul turut mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Ajai.

Tidak mahu mengambil cuti terlalu lama Nurul membayangkan untuk kembali aktif dalam bidang seni Disember depan.

Selain menyanyi dia juga mahu bergelar usahawan dengan jenamanya Best Buy Water.

Nurul ditemui pada majlis pelancaran jenama fesyen terbaru, Bianco Mimosa pada Sabtu malam.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment