Tuesday 3 September 2013

Lelaki Eropah semakin tinggi

Ketinggian purata lelaki Eropah naik 11 sentimeter mulai 1870-an hingga 1980, menurut kajian baru yang disiarkan semalam.

Bercanggah dengan jangkaan, kajian itu juga mendapati purata ketinggian lebih cepat dalam tempoh meletusnya dua perang dunia dan kemelesetan ekonomi. 



Ia berlaku ketika kemiskinan, dasar mengehadkan makanan dan kesempitan hidup dipercayai akan menyekat saiz manusia. Apa yang berlaku mungkin disebabkan keputusan untuk mengurangkan bilangan anak dalam tempoh berkenaan.

Penyelidik berkata, saiz keluarga lebih kecil sebelum ini didapati ada hubungan dengan peningkatan ketinggian.

"Meningkatnya status manusia adalah petunjuk utama mengapa purat kesihatan penduduk bertambah baik," kata ketua penyelidikan itu, Profesor Ekonomi Universiti Essex, Timothy Hatton.

Katanya, bukti menunjukkan purat ketinggian lelaki Eropah meningkat daripada 167 kepada 178 sentimeter dalam tempoh 100 tahun lalu membayangkan suasana kesihatan yang meningkat dan pengurangan penyakit.
Kajian itu disiarkan online di laman web 'Oxford Economic Papers' dan menganalisis data purata ketinggian lelaki Eropah pada usia 21 tahun mulai 1870-an hingga 1980 membabitkan 15 negara Eropah.

Kajian dilakukan ke atas lelaki kerana data ketinggian wanita sukar didapati, kata penyelidik.

Bagi dekad yang baru berlalu, data mengenai lelaki diambil dari kajian ketinggian mengikut umur manakala dalam kajian awal mereka gunakan data prebet dan rekrut tentera.

Penyelidik mendapati, di banyak negara Eropah termasuk Britain dan Ireland, negara Scandinavia, Belanda, Austria, Belgium dan Jerman, berlaku proses lebih pantas untuk lelaki lebih tinggi. 



Sumber: AGENSI melalui Berita Harian

No comments:

Post a Comment