Tuesday 3 September 2013

Jangan terpedaya dengan Panggilan dan Mesej Palsu




JANGAN TERPEDAYA: Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang.

Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda, jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkanya.

Pihak PDRM dan BNM sentiasa bekerjasama dalam memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bagi memerangi "Jenayah Kewangan". Jangan Menjadi Mangsa..!!

Sumber: BNMTELELINK

No comments:

Post a Comment