Sunday 29 September 2013

Kembali 'berdua'

Kembali 'berdua'


LAGU Bawaku Pergi telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan. Biarpun lagu tersebut dihimpit dengan kontroversi hebat, namun ia tidak sedikit pun melunturkan semangat pasangan duet, Zizan Razak dan Kaka Azraff untuk bergandingan sekali lagi menerusi lagu terbaru, Infiniti Cinta.

Infiniti Cinta adalah kesinambungan kepada lagu Bawaku Pergi. Lagu ini dicipta oleh Audi Mok dan Omar K. Liriknya pula dihasilkan sendiri oleh Zizan dengan kerjasama Aris.

Sejak dilancarkan Jun lalu, lagu ini tidak mengambil tempoh lama untuk berada di puncak carta sekaligus menjadi siulan serta pilihan ramai pendengar.

Bercerita mengenai Infiniti Cinta, Zizan memberitahu, bahawa lagu itu tidak akan terkesan dengan kontroversi terbabit selain menunjukkan bukti kesungguhannya dalam memperjuangkan muzik sebagai seorang penyanyi.

“Setiap kontroversi itu ada baik dan buruknya dan saya percaya kontroversi lagu Bawaku Pergi tidak akan memberi kesan kepada lagu Infiniti Cinta.

“Saya juga tidak pernah patah semangat dengan kontroversi lagu Bawaku Pergi sebaliknya ia membuatkan saya ingin terus berkarya,” katanya pada sidang media pelancaran muzik video lagu itu. Sementara itu, Kaka yang me

ngakui cukup selesa dan senang untuk terus bergandingan dengan Zizan, tetap dengan pendiriannya tidak akan menumpang populariti bekas Raja Lawak musim pertama itu.

“Ini bukanlah mengenai populariti. Saya sendiri pun bermula dengan Zizan melalui lagu Bawaku Pergi.

“Jadi, saya sudah selesa bekerja dengannya dan kalau boleh, saya tidak mahu berhenti bekerja dengan Zizan.

“Dia juga banyak beri tunjuk ajar. Zizan ibarat seorang guru dan abang pada saya. Malah, saya juga nak belajar banyak perkara daripada dia mengenai industri,” kata artis naungan syarikat Zizan, WireFrame Entertainment ini.

Ketika ditanya bagaimana dia menyesuaikan diri dengan perwatakan Zizan yang agak ‘gila-gila’ dan kelakar pada setiap masa, Kaka mempunyai jawapannya sendiri.

“Saya tidak nafikan dia memang kelakar. Malah sepanjang masa, kami akan bergelak ketawa. Malah, ketika dia marah pun, dia sampaikan dengan cara kelakar.

“Tapi saya sebagai orang yang sudah mengenali dirinya, saya tahu membezakan sikapnya yang ketika itu serius atau tidak.

“Walau apa pun saya memang senang bekerja dengan Zizan,” katanya lagi.


Inspirasi filem Ratatouille

Turut melancarkan muzik video Infiniti Cinta, pengarah prolifik, Ghaz Abu Bakar, berkata, muzik video yang menceritakan mengenai seorang chef yang jatuh cinta dengan seorang pelanggan restorannya, ini mengambil inspirasi daripada filem Ratatouille.

Menjadikan Kuala Lumpur yang seakan-akan kota New York, Amerika Syarikat, kata Ghaz, itulah kelainan yang ingin ditonjolkan untuk hasil karya terbarunya itu.

“Saya mahu muzik video ini lain daripada lain dan ingin ia dilihat seperti berada di luar negara.

“Kebetulan pula, saya baru sahaja pulang dari New York dan saya sedikit terpengaruh dengan suasana di sana.

“Jadi, saya berusaha untuk mengelakkan benda-benda yang sudah biasa dilihat seperti bangunan ataupun kereta seperti Myvi atau Proton,” katanya.

Dalam menjayakan pembikinan muzik video berkenaan, Kaka pula memberitahu, dia terpaksa membuka pendakap gigi selama tiga hari.

“Watak saya adalah sebagai bidadari. Jadi, takkan bidadari pakai pendakap gigi pula kan? Oleh sebab itu, Ghaz minta saya buka untuk sementara.

“Tetapi, sebenarnya saya rasa lega apabila dapat buka sekejap,” katanya yang perlu memakai pendakap gigi tersebut dalam tempoh setahun lagi.


Sumber

No comments:

Post a Comment