Friday 13 September 2013

Jeffrey diselar berhubung cadangan 'Hari Penjajahan'

Jeffrey diselar berhubung cadangan 'Hari Penjajahan'

KOTA KINABALU:  Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah menyelar Presiden Parti Reformasi Negeri (Star)  Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mencadangkan Hari Malaysia dinamakan 'Hari Penjajahan'.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buang Sayang Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan Jeffrey itu bukan sahaja "kebudak-budakan" tetapi jelas tidak menghormati peranan penting dimainkan pemimpin Sabah untuk kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.

Siapa beliau (Jeffrey) untuk membuat cadangan liar itu? Beliau patut baca laporan Suruhanjaya Inkuiri mengenai Borneo Utara dan Sarawak 1962," katanya.

Suruhanjaya itu diketuai Lord Cobbold, adalah untuk mengesahkan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan Persekutuan Malaysia.

Abdul Rahim juga ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah. -- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment