Thursday 19 September 2013

Enam maut akibat bas bertembung kereta api


Enam maut akibat bas tembung kereta api

Di Ottawa Kanada, sebuah bas dua tingkat bertembung dengan kereta api penumpang meragut enam nyawa termasuk pemandu bas.

Kemalangan itu turut menyebabkan 30 penumpang cedera dengan 10 daripadanya, dilaporkan kritikal. Menurut saksi, bas berkenaan melintasi landasan walaupun pagar ditutup.

Pemandu bas tidak mempedulikan jeritan penumpang yang menyuruh beliau berhenti.

Nahas itu berlaku di stesen keretapi di pinggir Ottawa menyebabkan perkhidmatan keretapi Ottawa-Toronto tergendala.

Kes itu dikini disiasat oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.
- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment