Thursday 19 September 2013

Amaran angin kencang, laut bergelora ekoran Taufan Usagi

Amaran angin kencang, laut bergelora ekoran Taufan Usagi

Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Usagi dikesan kira-kira 839 km ke Timur Laut Manila, Filipina pagi ini.

Berikutan taufan itu yang dikesan pada 11 pagi, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di perairan Sarawak (Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) berterusan sehingga Isnin depan.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan jabatan itu.

Taufan Usagi kini berada kira-kira 1,675 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment