Sunday 4 August 2013

Siapa “Kate Middleton Malaysia”?



Setiap gadis idamkan kisah hidup persis Cinderella, lengkap dengan permulaan hidup yang mencabar dan akhirnya diselamatkan putera idaman lantas dibawa ke istana mewah untuk hidup bahagia selamanya.
Ibu baru dan puteri kesayangan dunia, Kate Middleton telah menjadi ikon Cinderella sebenar saat beliau kahwini Putera William, namun tidakkah anda tertanya, siapakah Cinderella ataupun Kate Middleton di Malaysia?
Tuanku Zara
Bukan mudah untuk wanita bertaraf biasa untuk kahwini ahli keluarga diraja. Lebih sukar seandainya putera mahkota sendiri. Namun Tuanku Zara Salim bukan sebarangan wanita. Bekas jurutera ini terbukti menawan hati Raja Nazrin Shah bukan dengan paras rupa kacukan beliau yang menawan, namun dengan kematangan dan kebijaksanaan beliau. Sama macam Kate, Tuanku Zara tamatkan zaman bujang pada usia lebih matang dan mereka berdua berpendidikan tinggi. Kalau dilihat dari segi rupa pun, Tuanku Zara dan Kate hampir seiras, terutamanya dengan gaya rambut mereka.  
Norjuma Habib
Hijabi jelita ini tidak asing lagi di tanahair, memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pengacara rancangan. Kerap kali orang bertanggapan, seandainya anda mulakan kerjaya dalam bidang penyiaran, pasti mudah temui putera idaman.
Tetapi mungkin ada kebenarannya kerana Norjuma pantas kecapi kebahagiaan tatkala menemui putera diraja dalam bentuk suami beliau.
Persamaan Kate dengan Norjuma? Mereka berdua sanggup menunggu untuk kehadiran sesuatu yang lebih baik.
Marion Caunter
Marion mungkin tidak kahwini putera diraja, namun Nasaruddin hampir sama macam putera diraja; dari segi paras rupa dan kemewahan. Bagaimana lagi beliau mampu mengenakan gaun Vera Wang (harga sehelai gaun perkahwinan Vera Wang mencecah USD$2,500!) serta majlis perkahwinan di Maldives?
Persamaan Kate dengan Marion? Selain daripada faktor menunggu sehingga lebih matang untuk tamatkan zaman bujang, Marion dan Kate miliki gaya fesyen yang menjadi ikutan orang ramai. Lihat sahaja instagram Marion Caunter. Ribuan yang mengikut gaya ibu jelita ini.
Fazura
Ha, jika Fazura berjaya menjadi puteri diraja kami bertanggapan beliau akan miliki banyak persamaan dengan Kate Middleton. Biarpun wajah Fazura lebih menyerupai pelakon jelita Leighton Meester, namun dilihat daripada gaya rambut Fazura tidak pernah alami “bad hair day” sama macam Kate.
Fazura turut miliki aura yang mudah disenangi orang ramai seperti Kate Middleton. Mungkin juga kerana personaliti beliau yang ramah disertai senyuman manis beliau. Itulah lambang seorang puteri rakyat bukan, seorang yang sentiasa disenangi rakyat.



Source: MLP http://m.news.mlp.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/304579/siapa-kate-middleton-malaysia

No comments:

Post a Comment