Wednesday 7 August 2013

Shah Rukh Khan akan ke Kuala Lumpur


Shah Rukh Khan akan ke KL!

Datuk Shah Rukh Khan dan beberapa bintang Bollywood akan membuat persembahan pada 11 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert Temptations Reloaded dianjurkan 2 Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd.
Butiran penuh akan dikongsi selepas Hari Raya.

Temptation Reloaded diasaskan oleh Khan pada tahun 2008 dan merupakan siri konsert jelajah yang diadakan di seluruh dunia. Pada tahun 2008, ia diadakan di Belanda dengan disertai Arjun Rampal, Kareena Kapoor, Katrina Kaif, Ganesh Hegde, Javed Ali dan Anusha Dandekar.

Beberapa bulan kemudian ia diadakan di Dubai dah lebih 15,000 peminat datang untuk menyaksikan konsert berkenaan.
-Astro Awani 

No comments:

Post a Comment