Wednesday 7 August 2013

Kementerian Kesihatan sahkan produk susu Fonterra Malaysia selamat

Kementerian Kesihatan sahkan produk susu Fonterra Malaysia selamat

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan jenama formula susu di bawah syarikat Fonterra Brands Malaysia bebas daripada pencemaran WPC80.

Jenama di bawah syarikat itu yang telah disahkan bebas dan selamat untuk diminum termasuk Fernleaf, Anlene dan Anmum.

Jenama yang sebelum ini disiasat untuk pencemaran WPC80 iaitu Nutricia Karicare Stage 1 infant formula dan Nutricia Karicare Stage Follow On Formula bukan merupakan jenama di bawah syarikat Fonterra Brands Malaysia.

Manakala, produk susu daripada Danone Dumex yang ditarik balik secara sukarela dari pasaran juga tidak mempunyai kaitan dengan Fonterra Brands Malaysia.

Sementara itu menurut Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia David Ross, pengesahan keselamatan tersebut diterima daripada Kementerian Keselamatan selepas beberapa siri kajian dilakukan.

“Kementerian itu telah mengesahkan bahawa tiada produk Fonterra Malaysia mengandungi WPC80 dan oleh itu, produk-produk ini selamat untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai laporan beberapa media tempatan sebelum ini yang telah menimbulkan kekeliruan pengguna dengan mengaitkan produknya dengan produk keluaran daripada syarikat lain.

Ross mengeluarkan kenyataan itu di dalam satu temubual khas bersama Astro Awani.

Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment