Tuesday 20 August 2013

Salahguna media sosial boleh jejaskan bisnes online?




Pakar media sosial dan pemilik secreative.com.my , Syed Mohd Saiful Ikhwan berpendapat bahawa penggunaan media sosial yang tidak dikawal boleh menjejaskan bisnes online.

Menurutnya, semakin banyak media sosial digunakan, semakin banyak perkara perlu dijaga.

Ini kerana penyebaran atau faktor viral dalam media sosial sangat cepat dan boleh memberi efek kepada orang ramai.

“Jadi bila perkara tu tak dibendung, ia dimuatnaik di Youtube dan ia akan tersebar dengan cepat dan kemudiannya masuk ke Facebook pula.

“Jadi di Facebook, faktor komunikasi terjadi dengan lebih cepat..  kalau tak dibendung dari awal ia akan beri impak dari segi penjualan perniagaan tersebut,” katanya dalam satu temubual khas program Bisnes Alternatif.

Selian itu, Mohd Saiful juga menyarankan agar langkah berjaga-jaga perlu digalakkan oleh setiap syarikat dengan mewujudkan satu pengurus media sosial yang memantau aktiviti brand sentiviti mereka.

Untuk temubual penuh rancangan Bisnes Alternatif, ikuti Astro AWANI bersama wartawan Nurulhana Ismail yang membincangkan isu tersebut.

No comments:

Post a Comment