Tuesday 20 August 2013

Lelaki ditemui mati berhampiran Bukit Aman

Lelaki ditemui mati berhampiran Bukit Aman

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki Bangladesh ditemui mati berhampiran pintu masuk B, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, dipercayai disamun sebelum dibunuh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, Muzammel Hokque, 39, dipercayai disamun selepas selesai membeli barangan di sebuah pasar raya di ibu kota sebelum ditikam dengan objek tajam berdasarkan kesan kecederaan di bahagian kiri perut mangsa yang terburai.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa disamun dan ditikam di tempat lain sebelum ditemui mati berhampiran pintu masuk Bukit Aman. Kami percaya selepas ditikam mangsa telah berjalan kira-kira 500 meter.

"Kami percaya mangsa disamun kerana polis tidak menemui wang mahupun telefon bimbit pada mayat mangsa," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad kepada Bernama di sini.

Beliau berkata polis kini menyiasat latar belakang mangsa termasuk tempat bekerja serta teman-teman mangsa bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Sumber: BERNAMA 

No comments:

Post a Comment