Thursday 29 August 2013

Pemanduan lancar Street View Malaysia menerusi Google

Google membawa Street View ke sekitar Malaysia dan menerbitkan imej Street View istimewa beberapa kawasan untuk mewujudkan cara baru untuk mengenali Malaysia.

Hasil sokongan daripada Tourism Malaysia, Street View adalah satu ciri popular Google Maps, membolehkan orang ramai meneroka dan menyusuri hak kejiranan secara maya pada peta melalui imej panorama 360 darjah.

Bermula di Kuala Lumpur, Google kini akan memandu kereta yang dilengkapi kamera khas untuk mengumpul imej untuk Google Maps dengan Street View.


Google turut mengeluarkan imej Street View baru 18 kawasan di seluruh Malaysia, termasuk Taman Tasik TitiwangsaKuil Sri Subramaniam Batu Caves dan Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah.



google

Imej telah dikumpul menggunakan Street View Trike, sebuah sistem kamera berasaskan basikal beroda tiga, yang akan membolehkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia meneroka secara maya destinasi-destinasi indah di Malaysia melalui Google Maps.

Google juga memperkenalkan Street View Trekker, sistem kamera terbaru dalam barisan Street View, dan Street View Trolley, sistem kamera kereta sorong, ke Malaysia.

Dengan Trekker dan Trolley, Google mensasarkan untuk merakam lebih banyak kawasan di luar jalan raya di Malaysia dan menjadikannya lebih mudah dicapai untuk dinikmati orang ramai.

"Kami sentiasa menerima baik teknologi dan melalui kerjasama dengan Google ini kami berharap untuk melibatkan lebih ramai orang, sama ada di seluruh dunia dan di Malaysia, dalam menerokai dan meneroka semula warisan unik negara kita," kata Dato' Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia.

Google berusaha sedaya upaya untuk melindungi privasi dalam Google Maps dengan Street View di samping membolehkan pengguna menikmati manfaat daripada ciri ini.

Google juga telah membangunkan teknologi canggih yang dapat mengaburkan wajah manusia dan plat lesen kenderaan secara berkesan agar ia tidak dapat dikenal pasti.
google

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk memulakan pemanduan dan merakam imej Malaysia melalui Google Maps dengan Street View. Malaysia adalah sebuah negara majmuk dan sentiasa berkembang, dan dengan menyediakan maklumat peta yang lebih berguna kepada pengguna dan perniagaan, Street View juga boleh membantu mewujudkan kesan ekonomi yang berpanjangan. Kami teruja untuk berkongsi imej panorama 360 darjah jalan-jalan di Malaysia pada Google Maps apabila ia dilancarkan tidak lama lagi, "kata Sajith Sivanandan, Pengurus Negara, Google Malaysia.

Google tidak sabar untuk mengumumkan bila imej-imej yang terkumpul bagi Malaysia sedia untuk dikongsi, dan ia akan boleh didapati dimaps.google.com.my.


Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment