Thursday 29 August 2013

Aksi tidak senonoh Miley Cyrus dikecam hebat





Tindakan penyanyi popular Miley Cyrus membuat aksi tidak senonoh di atas pentas Video Music Awards MTV (MTV VMAs) tempoh hari bukan sahaja telah mendapat kritikan hebat daripada pihak media, malahan juga The Parents Televisyen Council (PTC).
Kerana tindakan tidak senonoh dengan berpakaian hampil bogel Miley Cyrus itu, telah menyebabkan pihak PTC mengeluarkan komplen berkenaan tayangan majlis anugerah berkenaan di saluran MTV yang tenyata langsung tidak sesuai untuk tontonan remaja berusia 14 tahun.
Komplen itu juga dibuat bukan sahaja berdasarkan tindakan Miley Cyrus, malahan juga kehadiran iklan kondom yang disiarkan pada rancangan TV berkenaan.
Pengarah Polisi Umum PTC, Dan Isett dalam kenyataannya di BBC News berkata, pada dasarnya pihak MTV cuba memanipulasi cara pemasaran stesen TV berkenaan kepada golongan dewasa, supaya ianya dianggap sesuai ditonton oleh golongan muda.
"MTV masih terus mengeksploitasi seks wanita muda dengan mempromosikan adegan tarian tidak senonoh dengan pakaian bikini bewarna togel.
"Adakah imej ini sangat sesuai untuk bintang kesayangan kanak-kanak terutama mereka yang berusia 14 tahun?," kata Dan Isett.
Miley Cyrus telah membuat aksi tidak senonoh ketika membuat persembahan bersama Robin Thicke di Anugerah Video Music Award baru-baru ini.
Sementara itu ahli penasihat PTC, Paul Porter menambah persembahan yang ditonjolkan Miley Cyrus dan Robin Thicke sememangnya mengandungi unsur seks.
Malah katanya, pengasas MTV iaitu Viacom terasa sangat kecewa dengan tindakan tidak senonoh itu.
Selain persembahan Miley Cyrus, PTC turut mengkritik persembahan pembukaan Lady Gaga yang mana persembahan superstar berkenaan telah diakhiri dengan pakaian mandi yang diperbuat daripada kerang laut.
Sebelum ini, Anugerah VMAs turut mengundang kontroversi dengan persembahan panas Britney Spears dengan lagunya I'm A Slave 4 U pada 2001, diikuti tindakan Madonna bercium dengan Christina Aguilera dua tahun berikutnya.
Pada 2009 pula, Kanye West telah mengganggu ucapan kemenangan Taylor Swift untuk kategori video muzik terbaik yang menyifatkan kemenangan itu sepatutnya berpihak kepada Beyonce.


No comments:

Post a Comment