Friday 23 August 2013

Pelajar Malaysia selamat pulang

Pelajar Malaysia selamat pulang

SEPANG:  Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air pada pukul 6.36 petang Khamis.

Enam pelajar diterbangkan dengan pesawat Egypt Air tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 3,300 pelajar yang dibawa pulang melalui Ops Piramid II selepas situasi di Mesir bertambah buruk.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Pendidikan 2 P Kamalanathan.

Beliau menegaskan penghantaran pulang pelajar  diteruskan sehinga 27 Ogos ini.

“Kami berharap dapat selesaikan membawa balik pelajar ke Kuala Lumpur dalam masa 27 atau akhir bulan. Semua yang telah sampai ini sungguh gembira. Mereka bersyukur Malaysia aman tidak seperti Mesir dan mereka berharap keamanan itu kekal selamanya," kata beliau.

Beliau juga memberitahu satu lagi kumpulan, yang terdiri daripada lapan pelajar tiba pada Khamis malam.

Manakala  400 pelajar lagi dijangka  pulang melalui tiga penerbangan pada jumaat.

Sementara itu Kamalanathan menegaskan  delegasi Kementerian Pelajaran akan berlepas ke kaherah bagi membincangkan dengan pihak berkuasa Mesir berkaitan isu pengajian pelajar Malaysia.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment