Friday 23 August 2013

Bradley Manning mahu tukar jantina


Bradley Manning mahu tukar jantina

WASHINGTON:  Sehari selepas dihukum penjara kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Bradley Manning berharap dapat menjalani pembedahan menukar jantina.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada NBC, Manning berkata, beliau mahu memulakan terapi hormon secepat mungkin bagi menjadi seorang perempuan.

Menurut Manning, beliau mahu menggunakan nama Chelsea apabila pembedahan itu berjaya.

Bagaimanapun, permintaan Manning itu dilihat bakal mencetuskan lagi kes mahkamah.

Ini kerana, peraturan tentera Amerika Syarikat tidak membenarkan rawatan hormon atau pembedahan menukar jantina.

Menurut peguam Manning, pihaknya sedia memperjuangkan isu itu sehingga pihak tentera memenuhi permintaan anak guamnya.

Manning dihukum penjara selama 35 tahun di Fort Leavenworth dan beliau perlu mengemukakan petisyen jika mahu berpindah ke penjara pusat bagi menjalani rawatan hormon.

- AFP

No comments:

Post a Comment