Tuesday 11 June 2013

Kadar jenayah Kota KInabalu menurun sejak Januari lalu

Kadar jenayah Kota KInabalu menurun sejak Januari lalu

KOTA KINABALU: Statistik terkini kadar jenayah bagi kawasan bandar raya Kota Kinabalu pada keseluruhannya menurun kepada 635 kes dalam tempoh Januari hingga 9 Jun ini berbanding 752 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Ini menunjukkan penurunan sebanyak 117 kes atau 15.56 peratus," kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun.

Beliau berkata bagaimanapun dua kategori kes menunjukkan peningkatan iaitu kes curi motosikal sebanyak 4.9 peratus dan pecah rumah 13.46 peratus.

"Polis sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan amanah untuk mencegah serta menbanteras jenayah," katanya ketika menyampaikan amanat sempena perhimpunan bulanan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di di sini hari ini.

Jauteh berkata setiap anggota polis mempunyai tanggungjawab yang ditetapkan terutama dalam memberi perkhidmatan kepolisan yang lebih baik kepada rakyat.


- BERNAMA

No comments:

Post a Comment