Thursday, 14 February 2013

Telefon Android termahal di dunia

Kalau anda tiada tempat untuk 'buang' duit, apakata anda beli salah satu daripada telefon bimbit Android yang berharga lebih RM60,000 ini.

Tentu seronok kan.

Telefon bimbit Vertu Ti


Bagi mereka yang mempunyai duit yang banyak, kenapa tak laburkan ke telefon pintar dari Vertu? Syarikat yang dahulunya dimiliki oleh Nokia, kini telah mengeluarkan telefon terbaru mereka yang dipanggil Vertu Ti.

Menggunakan sistem operasi Android, ianya adalah peranti Android pertama dari syarikat pembuat telefon pintar ini, yang sebelumnya menggunakan sistem operasi Symbian. Ianya mempunyai spesifikasi berikut:
Prosessor            – 1.7GHz Qualcomm Snapdradon S4
Storan                   – 64 GB
Skrin                      – 3.7 inci dengan salutan kristal nilam (Sapphire Crystal)
Kamera                 – 8 megapiksel (belakang) 1.3 megapiksel (hadapan)
Telefon pintar ini juga menggunakan logam Titanium sebagai sebahagian daripada bahan pembinaannya. Untuk mereka yang sanggup membeli telefon ini, pihak Vertu telah memberikan senarai harga untuk model-model yang ditawarkan:
Titanium Black Leather     - $9,600 (RM29,745)
Titanium Pure Black          - $11,500 (RM35,632)
Titanium Black Alligator   - $12,800 (RM39,660)
Black PVD Titanium Red Gold Mixed Metals - $19,900 (RM61,660)


Sumber: Yahoo news

Gambar Najib dan Zambry disimbah cat

Kalau ya pun tak suka, tak perlulah simbah cat. Lebih baik gunakan cat tu untuk mencantikkan rumah, pagar, lanskap, dll. Betul tak?




LAPORAN POLIS DIBUAT

BATU GAJAH -- Empat individu membuat laporan polis hari ini berhubung perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah di papan iklan tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Mereka mewakili Pemuda UMNO Cawangan Pusing, Pusat Khidmat Masyarakat dari Regrouping Area Lahat Perak, Persiaran Puncak Jelapang 6 Taman Puncak Jelapang Maju, Ipoh, dan Padu Batu Gajah dari Jalan Sri Wangsa 10 Taman Sri Wangsa. Laporan dibuat pada pukul 2.30 petang di Balai Polis Pusing di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian berhampiran Taman BG Perdana Batu turut menjumpai sepasang sarung tangan.

"Temubual dengan beberapa penduduk setempat bagaimanapun tidak memberi sebarang petunjuk lain kerana mereka tidak nampak kejadian tersebut," katanya.

Papan iklan itu kepunyaan Majlis Daerah Batu Gajah turut tertera slogan ''Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir'' (4T) dan Prinsip 3P, ''Kita Turun Padang, Kita Selami Perasaan, Kita Laksana Penyelesaian''.

-- Bernama, 12 Feb 2013