Thursday 14 February 2013

Gambar Najib dan Zambry disimbah cat

Kalau ya pun tak suka, tak perlulah simbah cat. Lebih baik gunakan cat tu untuk mencantikkan rumah, pagar, lanskap, dll. Betul tak?




LAPORAN POLIS DIBUAT

BATU GAJAH -- Empat individu membuat laporan polis hari ini berhubung perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah di papan iklan tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Mereka mewakili Pemuda UMNO Cawangan Pusing, Pusat Khidmat Masyarakat dari Regrouping Area Lahat Perak, Persiaran Puncak Jelapang 6 Taman Puncak Jelapang Maju, Ipoh, dan Padu Batu Gajah dari Jalan Sri Wangsa 10 Taman Sri Wangsa. Laporan dibuat pada pukul 2.30 petang di Balai Polis Pusing di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian berhampiran Taman BG Perdana Batu turut menjumpai sepasang sarung tangan.

"Temubual dengan beberapa penduduk setempat bagaimanapun tidak memberi sebarang petunjuk lain kerana mereka tidak nampak kejadian tersebut," katanya.

Papan iklan itu kepunyaan Majlis Daerah Batu Gajah turut tertera slogan ''Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir'' (4T) dan Prinsip 3P, ''Kita Turun Padang, Kita Selami Perasaan, Kita Laksana Penyelesaian''.

-- Bernama, 12 Feb 2013

No comments:

Post a Comment