Tuesday, 9 June 2015

Pelancong ‘kaki bogel’ hina menteri, rakyat Sabah

Salinan paparan status yang dimuatnaik Emil Kaminski di laman sosial Facebook

SEORANG lelaki yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah memuatnaik status penghinaan terhadap penduduk Sabah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun

Lelaki tersebut yang menggunakan nama Emil Kaminski di laman sosial Facebook berkata: "Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan," tulisnya.

Dia juga bertindak memuatnaik beberapa foto bogelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.

Dalam satu lagi perkongsian, Kaminski turut menghina rakyat Sabah.

"Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong bogel ini reda.

"Nasib baik mereka di sini tiada internet," katanya lagi.

Perkongsian tersebut kemudian menjadi viral dan menarik perhatian beribu-ribu warganegara Malaysia untuk mengecamnya.

"Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!," kata Raj.

"Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu," kata Swann, seorang warganegara Singapura.

"Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berbogel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat," kata Darren.

Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.

- Sumber: Sinar Harian 

FB pendaki bogel diserang ayat "Mak kau hijau"

Istilah "Mak kau hijau" digunakan netizen untuk serang laman Facebook Emil. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Dua hari lepas, tersebar sebuah video pergaduhan yang membabitkan dua orang budak lelaki di sebuah taman perumahan. Apa yang viral tentang video tersebut adalah penggunaan kata "Mak kau hijau" yang digunakan.

Ayat tersebut didefinisikan sebagai satu bentuk kata-kata kesat. Entah bagaimana dan dari mana kata-kata sebegitu boleh muncul. Maklum sahaja, tengah bergaduh dan dalam keadaan marah.

Namun apa yang menggelikan hati, istilah itu kini ditujukan pula kepada salah seorang pendaki Gunung Kinabalu yang berbogel, Emil Kaminski.



Ayat itu antara yang popular digunakan netizen yang menyerang laman Facebook milik Emil, apatah lagi selepas Emil memuat naik sebuah video kontroversi berjudul Trolling Malaysia.

Di laman Youtube, video itu menerima 92 likes dan 649 dislikes, dengan jumlah tontonan 14,309.

- Sumber: Astro Awani