Saturday, 24 August 2013

Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September 2013

Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September

IPOH:  Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia serta lain-lain agensi penguatkuasaan akan mengadakan permulaan gerakan besar-besaran  untuk melakukan penangkapan terhadap  pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai permit kerja  bermula 1 september ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah ini diambil  bagi memastikan pekerja-pekerja  asing mematuhi seratus peratus peraturan pengambilan dan mematuhi sistem perundangan negara ini.

“Kita lakukan perkara ini sebagaimana yang telah saya umumkan sebulan yang lalu kerana kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja-pekerja asing yang tidak ada permit ditempat kerja
masing-masing,” kata beliau.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkatademikian kepada pemberita di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri  ditapak Wisma Umno Bagan Datoh Baru, Persint 4, Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Jumaat.

Beliau juga memberitahu,  satu kaedah baru iaitu memberikan kad khas kepada  pekerja-pekerja asing berdasarkan sektor dengan warna yang berbeza.

Katanya, kad ini adalah merupakan kad yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigrsen  Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang telah diberikan tanggungjawab  oleh kerajaan-kerajaan yang telah mengadakan perjanjian melalui MoU dengan kerajaan Malaysia seperti Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan beberapa negara lain. -- Astro Awani 

Kembalikan padang kami, kata penduduk Alor Semadom



ALOR SETAR: Itulah keluhan penduduk Alor Semadom, Alor Setar Kedah yang kebanyakan bernaung di bawah Kelab Bola Sepak Hospital Rangers di Alor Setar yang tidak berpuas hati apabila  padang bola sepak yang diuruskan sejak sekian lama  diambil alih Inspin.

Pengambilan padang bolasepak itu dibuat pada Mei 2012 oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memerintah.

Berikutan itu, penduduk tidak dibenarkan bermain di padang tersebut dan menggunakan padang untuk aktiviti sukan sekaligus menyekat aktiviti penduduk.

Menurut Naib Presiden Kelab, Muhamad Bashah Zainal Abidin pengambilan padang bolasepak tersebut amatlah dikesali kerana sejak tahun 1969 padang itu dibangun dan diuruskan sendiri oleh kelab.

Malah ia telah banyak melahirkan ramai pemain yang berkebolehan dan bermain dipentas kebangsaan dan antarabangsa .

Beliau kesal kerana kerajaan Pakatan Rakyat gagal menyelesaikan isu ini dan tidak mempedulikan suara masyarakat sekitar.

Walaupun padang tersebut dimiliki  oleh kerajaan negeri, namun Menteri Besar sebelum itu, Tan Sri Osman Aroff telah membenarkan padang tersebut digunakan untuk orang awam dan diuruskan ahli kelab terbabit.

Selain itu ia juga dibangunkan pentas untuk  penonoton menonton perlawanan bola sepak yang dianjurkan.

Walaupun, masalah ini telah diajukan beberapa kali  namun tidak diendahkan dan penduduk mahu masalah ini diselesaikan segera oleh kerajaan negeri yang baru ini  demi pembangunan sukan.

Berikutan, Bashah dan ahli kelab mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pengambilalihan padang bola sepak berkenaan.

Pada masa sama mereka meminta Menteri Besar baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyelesaikan isu  yang membelenggu penduduk.

Mereka yakin Mukhriz dapat mengembalikan padang tersebut kepada penduduk semula.

Untuk itu mereka bercadang akan berjumpa Mukhriz untuk berbincang berkenaan isu ini agar aktiviti sukan di kawasan itu tidak terjejas terutama sukan bola sepak.


- Astro Awani