Tuesday 25 April 2017

Xiaomi Redmi Note 4 dengan 4GB RAM mula dijual – Harga RM949

Xiaomi telah menjual Redmi Note 4sejak bulan Mac lepas, dan hari ini Xiaomi turut mengumumkan mereka akan menawarkan variasi 4GB RAM dengan storan 64GB bermula minggu hadapan. Di Malaysia, model ini akan berharga RM949, iaitu membawakan perbezaan RM150 berbanding model 3GB RAM dan storan 32GB.


Xiaomi Redmi Note 4 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 625, dan bateri berkapasiti 4100mAh. Ia dilengkapi sokongan kamera belakang 13-megapixel, dan akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, emas, dan kelabu.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia daripada laman rasmi Xiaomi atau pengedar Xiaomi seluruh negara bermula 29 April 2017 ini.

- Sumber: Amanz 

No comments:

Post a Comment