Saturday 8 April 2017

Skematik Peranti Yang Didakwa iPhone 8 Tertiris

Umum diketahui “iPhone 8” yang bakal dilancarkan tahun ini adalah istimewa kerana menyambut ulang tahun ke-10 pelancarannya. Rekaan peranti ini mungkin akhirnya tertiris menerusi sebuah rekaan skematik.


Tiga perkara menarik boleh dilihat:

Pertama sekali ialah ketiadaan butang home fizikal pada bahagian dagu. Keseluruhan bahagian hadapan peranti kini ialah sebuah skrin. Ini bermakna Apple mungkin menggunakan pengimbas cap jari terbina pada skrin yang dibangunkan oleh Synaptics. Ini ialah rekaan yang sepatutnya digunakan oleh Galaxy S8 tetapi kerana prototaip yang dihasilkan Synaptics kurang memuaskan Samsung meletakkan pengimbas pada panel belakang.

Kedua ialah konfigurasi dwi-kamera yang kini menegak. Menurut beberapa sumber ini ialah bagi membolehkan iPhone 8 menyokong beberapa fungsi AR baru yang bakal diperkenalkan. Tim Cook sendiri menegaskan teknologi AR lebih penting dari VR. Mungkin iPhone 8 ialah peranti pertama Apple yang menyokong AR.

Akhir sekali ialah pengguna lebih dari satu kamera pada bahagian hadapan. Ini dipercayai ialah sistem kamera yang mampu melakukan imbasan wajah pengguna secara 3D bagi sistem nyahkunci baru. Akhir Februari lalu Apple mengambil alih firma imbasan wajah RealFace. Sejauh manakah kebenaran skematik ini tidak diketahui. Tetapi sekiranya kesemua fungsi di atas menjadi realiti, iPhone 8 memang peranti yang sesuai untuk menyabumbut ulang tahun ke-10 iPhone.

- sumber: amanz 

No comments:

Post a Comment