Tuesday 21 March 2017

575 tukang urut, GRO ditahan polis

GRO yang ditahan pihak polis dalam satu serbuan sepanjang minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 575 tukang urut warga asing dan GRO disahkan ditahan oleh pihak polisa di seluruh negara sepanjang minggu lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman akaun Facebooknya, hari ini.

Menurut Khalid, tangkapan dan penahanan tersebut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan berasingan.

“Syabas STAGG@PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu. Tangkap 575 orang GRO dan tukang urut warga asing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengesahkan seramai 500 individu ditahan manakala lebih tiga ribu komputer dirampas dalam serbuan yang dilakukan di pusat perjudian di seluruh negara minggu lalu.

“Syabas STAGG@PDRMsia gempur judi seluruh negara sepanjang minggu lalu. Tangkap 500 orang dan rampas 3,353 unit komputer judi,” katanya lagi.

- Sumber: SH Online | 21 Mar 2017

No comments:

Post a Comment