Saturday 11 February 2017

Ketiga-tiga Model iPhone 2017 Akan Menyertakan Sokongan Pengecasan Tanpa-Wayar



Jikalau mengikut pelbagai laporan sebelum ini, Apple sedia diperkatakan (urs-ura) akan hadir dengan tiga model iPhone untuk 2017 ini, dimana dua versi biasa, dan satu lagi versi dengan skrin OLED pada harga lebih premium. Terkini, laporan baru daripada penganalisa popular Ming-Chi Kuo hadir, mengatakan ketiga-tiganya akan menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Apple untuk tahun ini sedia dikatakan bakal membuat perubahan pada rekaan peranti, dimana ia dijangka menggunakan binaan berasaskan kerangka kaca – dan salah satu sebabnya adalah untuk menyokong pengecasan tanpa wayar ini.

Disamping itu, Apple turut dijangka melengkapkan ia dengan sokongan tambahan bagi mengelakkan ia menjadi panas dengan cepat.

Dengan pengenalan Apple, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak peranti lain di pasaran mengintegrasikannya – selain aksesori dan perabot. Buat masa ini, antara peranti popular yang mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa wayar adalah daripada Samsung, melalui siri Galaxy S.

- Sumber: Amanz | Feb 10, 2017

No comments:

Post a Comment