Saturday 19 November 2016

Taylor Swift selebriti paling kaya bawah umur 30 tahun

Taylor Swift

PENYANYI Taylor Swift disenaraikan sebagai selebriti paling kaya di bawah umur 30 tahun dalam senarai yang dikeluarkan Forbes.

Penyanyi itu memperoleh pendapatan sebanyak $170j (RM746j) mengatasi kumpulan One Direction yang berada di tempat kedua dengan nilai RM485 juta.

Saingan individu terdekat Taylor adalah bintang bola sepak Barcelona dan Argentina, Lionel Messi yang menduduki tempat ketiga dengan pendapatan dianggarkan bernilai $81.5j (RM357j) di antara 1 Jun 2015 hingga 2016.

Walaupun hanya terdapat empat wanita dalam senarai 37 orang (termasuk dua kumpulan pemuzik lelaki), tiga daripadanya berada di tempat lima teratas dengan Adele dan Rihana masing-masing mencatatkan $80.5j (RM353j) dan $75 juta (RM 329j).

Sementara itu, Jennifer Lawrence, satu-satunya pelakon yang disenarai dan juga penerima bayaran tertinggi di Hollywood menduduki tempat ke 12 dengan $46j (RM201j)

Dalam pada itu, selebriti paling muda Justin Bieber dalam senarai pula menduduki tempat keenam dengan $56 (RM245j)

The Weeknd ialah seorang lagi penyanyi dalam senarai 10 teratas dengan pendapatan berjumlah $55j (RM242 juta.

Mereka yang turut tersenarai dalam tempat 10 teratas ialah pemain tenis Novak Djokovic. (tempat ke-7), pemain bola keranjang Kevin Durant (ke-8) dan pemain golf Jordan Spieth (ke-10).

Konsert jelajah Taylor 1989 meraih $200 juta(RM877j) di Amerika Utara sahaja, mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh The Rolling Stones

- Sumber: Sinar Harian | 18 November 2016

No comments:

Post a Comment