Thursday 9 July 2015

Dua lagi anggota bayi dijumpai - Polis

Kaki dan tangan bayi itu ditemukan di lokasi sama iaitu di dalam tangki najis rumah yang sama kira-kira 3.30 petang tadi. -Gambar hiasan

ALOR SETAR: Dua lagi anggota badan bayi yang dikerat lapan di Kampung Manggol, Jitra semalam, dijumpai hari ini, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah.

Beliau berkata, kaki dan tangan bayi itu ditemukan di lokasi sama iaitu di dalam tangki najis rumah yang sama kira-kira 3.30 petang tadi.

Abdul Rahim berkata ini menjadikan kesemua lapan bahagian bayi tersebut telah lengkap ditemukan.

"Kaki dan tangan itu akan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, polis menemukan sebahagian tubuh bayi yang dikerat lapan di dalam tangki najis sebuah rumah di Kampung Manggol.

Polis mengesahkan bayi perempuan itu dikerat oleh ibunya menggunakan senjata tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri, sebelum dibuang di tangki najis.

Hasil bedah siasat mendapati bayi perempuan itu sudah meninggal dunia ketika dilahirkan.

Suspek berusia 31 tahun dari Kampung Tanjung, Mukim Binjal di sini melahirkan bayi itu pada usia kandungan lapan bulan dalam tandas di rumah datuknya.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment