KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara berdepan dengan masalah apabila kurang mendapat kerjasama daripada pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari segi dokumentasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan Jabatan Audit semasa menyiapkan laporan interim syarikat tersebut.
"Secara keseluruhan PAC berpuas hati dengan kerja yang dilakukan Jabatan Audit nampak menyeluruh dan dibuat dengan telus.
"(Bagaimanapun) ada dua perkara yang ditimbulkan dari segi dokumentasi seperti penyata bank dan perjanjian-perjanjian syarikat tidak diberi kerjasama yang baik dari pengurusan 1MDB.
"Jadi kita minta mereka beri kerjasama kepada audit untuk teruskan kerja mereka supaya laporan itu dapat dimuktamadkan, " katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai proses pengauditan 1MDB, hari ini.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment