Saturday 25 April 2015

Shelley Hennig dari ratu cantik ke pentas lakonan

Shelley Hennig

KARIER lakonan Shelley Hennig bermula selepas membintangi drama bersiri Days of Our Lives pada 2007.

Ternyata, lakonannya sebagai Stephanie Johnson cukup terkesan sehingga berjaya tercalon dalam Daytime Emmy Awards Bagi kategori Pelakon Wanita Muda Cemerlang Dalam Drama Bersiri.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan dram bersiri yang menaikkan namanya itu.

"Buat sementara waktu, saya sudah bersedia untuk semua ini. Saya cuma merasakan keputusan saya ini adalah tepat.

"Saya akan merindui wajah-wajah yang selalu ada di sini.

"Tapi, saya sangat bersyukur kepada semua kerana memberi peluang kepada saya," katanya kepada Soap Opera Digest.

Hennig kemudiannya berpeluang memegang watak utama dalam siri TV The Secret Circle yang diadaptasi daripada buku-buku tulisan LJ Smith pada 2011.

Selain itu, anak kelahiran Metairie, Louisiana ini juga muncul dalam siri MTV Zach Stone Is Gonna Be Famous pada 2012 selama semusim.

Kini, wajah jelita Hennig dapat dilihat menerusi watak Malia Tale dalam siri TV popular, Teen Wolf. Bukan itu saja, dia juga muncul dalam muzik video Gentle on My Mind oleh The Band Perry di samping bintang filem The Hunger Games, Alexander Ludwig.

Pemilik nama Shelley Catherine 'Shell' Hennig ini sebenarnya adalah pemegang gelaran ratu cantik, Miss Teen USA Louisiana 2004 sebelum bergelar seorang pelakon.

Dulu, Hennig belajar di Destrehan High School dan pernah menjadi pelajar cemerlang.

Dia juga adalah seorang penari berjaya dan telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan menari.

Selain itu, dia juga menggemari aktiviti menulis dan pernah menghasilkan dua puisi yang diterbitkan dalam Young Authors Book of Poetry.

Berlakon filem seram

Dalam zaman serba canggih hari ini, pelayan tegar laman sosial Facebook, pastinya tahu akan fungsi butang 'unfriend'.

Status itu digunakan bertujuan untuk menjauhkan diri daripada rakan atau kenalan yang sering menyebabkan laman Facebook anda kacau-bilau. Malah, jika memilih untuk 'unfriend' seseorang, ini bermakna anda juga akan dikeluarkan daripada senarai rakan tersebut.

Bagaimanapun mungkin anda akan berasa pelik, jika mereka yang telah dikeluarkan daripada senarai laman sosial anda, masih mengganggu anda seperti yang dipaparkan menerusi filem seram Unfriended.

Bakal menemui peminat pada 30 April ini, filem arahan Levan Gabriadze ini telah pun ditayangkan di Festival Fantasia pada 20 Julai 2014.

Selain Hennig, ia turut dibintangi Moses Jacob Storm, Renee Olstead dan Will Peltz yang berperanan sebagai salah seorang rakan-rakan yang mendapati diri mereka diganasi orang tidak dikenali dalam talian.

Unfriended mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi popular, Laura Barns (dilakonkan Heather Sossaman) yang membunuh diri, kerana tidak tahan dengan cemuhan dilemparkan kepadanya, selepas klip videonya dalam keadaan memalukan, dimuat naik ke Internet dan turut dikongsi di laman sosial. Selepas setahun meninggal, enam rakan sekelasnya mengambil keputusan untuk berhubung satu sama lain melalui Skype, tetapi tiba-tiba menerima panggilan daripada pihak yang tidak di undang, menggunakan Skype milik Laura.

Pemanggil yang tidak dikenali itu turut mengancam keenam-enam rakan Laura dan menyatakan jika mereka log keluar atau berhenti bercakap, orang tersebut akan mati.

Malah, sehingga 16 April lalu, trailer filem tersebut telahpun ditonton 14,477,824 kali dan menerima sejumlah 102,840 ‘Like’ serta turut dikongsi sebanyak 436,104 kali.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment