Saturday 25 April 2015

Warga emas didakwa 11 tuduhan kelucahan melampau


Noor Din dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas 11 pertuduhan merangsang melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Noor Din Chaw Fooi, 67, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga sebelas, Noor Din didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak yang berusia antara lapan dan 14 tahun di sebuah rumah di Setapak Indah Jaya, Wangsa Maju dekat sini, antara tahun 2013 hingga Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Noor Din mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki barang-barang lucah termasuk 32 VCD, album dan tiga telefon bimbit yang kedua-duanya mengandungi gambar bogel mangsa di alamat yang sama, pada jam 11.31 malam, 12 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad berhujah bahawa kesalahan itu serius serta kebarangkalian tertuduh mengganggu mangsa kerana mengenali mereka.

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan lantikan peguam dan keputusan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment