Thursday, 26 March 2015

Polis buru wanita pembuli jalan


MIRI - Polis sedang memburu seorang wanita yang didakwa mencederakan seorang wanita Perancis di Jalan Krokop 10 di sini semalam.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 pagi turut menjadi viral dalam laman sosial.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa yang berusia 44 tahun menetap di sini bersama suaminya yang juga warga Perancis dan bertugas sebagai juruterbang.

Laporan polis telah dibuat.

"Mangsa mendakwa suspek telah mengundur keretanya dan hampir melanggar ibu mangsa yang sedang berada di belakang kereta mangsa.

"Mangsa telah berteriak kepada suspek bagi memberi amaran mengenai kehadiran ibunya di belakang kereta suspek.

"Namun suspek keluar dari keretanya dengan membawa payung dan terus meludah kepada mangsa," katanya sambil menambah mangsa mendakwa dipukul sehingga dia cedera di kepala dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Tian Kee berkata, kereta suspek didapati didaftar di bawah sebuah syarikat katering.

Kes merupakan kali kedua di Sarawak bulan ini dan tersebar melalui media sosial. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment