Wednesday 25 February 2015

Pulau Kenit disyaki 'port' kegiatan tidak bermoral

Laluan ke Pulau Kenit yang boleh digunakan ketika air surut.

ALOR GAJAH - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) daerah Alor Gajah akan terus memantau Pulau Kenit di Telok Gong, Kuala Sungai Barau, di sini dalam usaha mengelakkan kawasan berkenaan dijadikan sebagai port kegiatan tidak bermoral.

Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin berkata, Pulau Kenit dikenal pasti sebagai kawasan yang sering digunakan segelintir muda-mudi untuk kegia-tan berkenaan.
Menurutnya, keadaan pulau itu yang terlindung dengan rimbunan pokok serta sunyi menjadikan ia kawasan tumpuan golongan terbabit.

“Ekoran ini, MPAG bersama Jaim daerah Alor Gajah akan sentiasa memantau pulau ini bagi memastikan tiada sebarang kegiatan tidak bermoral dilakukan di sini,” katanya selepas satu operasi di pulau berkenaan, semalam.

Pulau Kenit merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai Kuala Sungai Baru, di mana pengunjung boleh berjalan kaki ke pulau berkenaan apabila air surut.

Operasi dua jam itu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPAG, Radzyam Mahat dengan dibantu enam anggota penguatkuasa, manakala Jaim diketuai Syahrizal Samad dan tujuh anggota penguatkuasa.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat semasa operasi berkenaan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment