Monday 28 December 2015

ASNB umum dividen 6.10 sen untuk 2015

Dividen ASN 6.10 sen

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan 6.10 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015

Ia menurun berbanding 6.45 sen seunit pada 2014.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta kepada 1.25 juta pemegang unit yang memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN.

"ASN telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak 126.27 juta ringgit. Pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak 79.91 juta ringgit atau bersamaan 63.3 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Sementara itu Ahmad Sarji memberitahu pengagihan dividen yang lebih rendah itu berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar serta pasaran saham yang kurang memberangsangkan.

"Dari tempoh diantara 31 Disember 2014 sehingga 23 Disember 2015 Indeks FTSE Bursa Malaysia telah catat penurunan sebanyak 5.5 peratus dariapda 1,761.25 kepada 1,663.51 mata.

Tambahnya ketika ini kebanyakan harga komoditi mengalami penurunan yang berpanjangan.

Selain itu prestasi ekonomi China yang lemah turut melahirkan rasa bimbang berterusan kepada pelabur.

Bagaimanapun, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata agihan dividen ASN pada tahun hadapan diunjur lebih baik .

"Kita mengharapkan tahun depan menjadi lebih baik. Dari segi anggaran yang dibuat pihak broker menggambarkan prestasi pada tahun depan sedikit sebanyak menjadi lebih baik."

Katanya kapasiti pembayaran bagi 2015 adalah lebih 10.5 sen seunit namun disebabkan refleksi keadaan pasaran semasa ASNB memutuskan bayaran pada 6.10 en seunit.

Beliau berkata demikian pada pengumuman agihan pendapatan ASN di ibu negara pada Isnin.

Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai bersih setakat 31 Disember 2015.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Januari 2016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment