Sunday 1 November 2015

JDT tutup mulut 'haters'

Ucapan tahniah mencurah-curah di tujukan kepada JDT selepas menyaksikan pasukan dari selatan tanah air itu menjuarai Piala AFC.

Ucapan tahniah mencurah-curah di tujukan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan dari selatan tanah air itu menjuarai Piala AFC.

Malah kemenangan skuad bimbingan Mario Gomez keatas pasukan dari Tajikistan, Istiklol FC pada perlawanan akhir malam tadi, sekaligus munutup mulut pengkritik.

Antara komen yang mendapat 'like' tertinggi dalam ruangan komen pada catatan bergambar sekitar majlis penyampaian hadiah di laman Facebook JOHOR Southern Tigers adalah dari Ismail Othman.

Ismail berkata: "Tahun lepas JDT kalah final Piala Malaysia.... Satu Malaysia tepuk tangan....Satu Malaysia buka mulut, kutuk kaw kaw....Rupanya Allah nak bg kejayaan yang lebih besar.... Alhamdulillah,".

Yang menariknya, ada komen lain terhadap luahan Ismail yang berbunyi: "Menang free boleh laaa..," kata Dino Chin. Seterusnya Dino Chin pula menjadi mangsa diatas komen panasnya.

Sementara itu, Redzuan Yunus berkata,"Kalau arwah Mokhtar Dahari masih hidup, beliau pasti salute JDT dan TMJ sebab zaman beliau pun tak sejauh ini pencapaiannya."

Ada juga komen yang menyatakan dirinya tidak boleh menahan emosi sehingga menitiskan air mata selepas menyaksikan kejayaan JDT: "Tiba-tiba je airmata nie mengalir apabila wisel penamat dibunyikan menandakan kemenangan JDT muncul juara Piala AFC, terima kasih kepada Mario Gomez pemain-pemain JDT keseluruhannya, warga kerja PBNH dan tidak lupa tahniah kepada TMJ kerana berjaya membawa perubahan dan kemajuan dalam bola sepak Johor," kata-kata daripada Mohd Hamiyudin Sa'ude.

Ucapan-ucapan tahniah bukan sahaja datang daripada masyarakat Johor, malah daripada pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia kerana mengharumkan nama negara di pentas bola sepak antarabangsa.

"Tahniah JDT..aku yang bukan bangsa Johor ni pun rasa bangga...macam mana jatuh bangun JDT untuk sampai ke tahap ini dikeji, dimaki dan sebgainya tidak mematahkan semangat TMJ.

"Macam mana Safiq Rahim yang hampir dijual ke Felda dulu berjuang untuk mendapat kembali posisi dia hingga dianugerahkan pemain paling bernilai..bagaimana TMJ disalahkan apabila beliau drop Baihaki dari JDT..teringat lagi kata2 Jimenez..Nak cabar kejuaaraan liga kena tukar defend yang keras kental..dan hasilnya TMJ bawa MARCOS ANTONIO yang kini jadi kesayangan peminat JDT.. Taniah JDT anda semua memang layak untuk sampai ke tahap ini," komen daripada Ahmad Zainol.

- Sumber: Astro Arena

No comments:

Post a Comment