Monday 6 July 2015

JKM cari ibu kandung kanak-kanak maut yang dipercayai didera di Miri

Rohani (gambar) berkata kes itu kini berada dalam siasatan lanjut pihak polis.

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu dan bapa angkatnya di Desa Pujut, Permyjaya, Miri pada Sabtu.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lima bulan itu diserahkan kepada ibu bapa angkat berkenaan pada Disember tahun lepas.

Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri. Dia dilapor mengalami kesan kecederaan yang disyaki akibat didera.

Rohani berkata kes itu kini berada dalam siasatan lanjut pihak polis.

Dalam satu kenyataan, beliau melahirkan rasa terkejut, sedih dan kecewa dengan kejadian terbaharu itu.

Ibu angkat dan bapa angkat mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kelantan dilapor cedera teruk dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya sementara di Kedah, seorang kanak-kanak dilapor berada dalam komadipercayai akibat didera pengasuh sebuah pusat jagaan. 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment