Tuesday 21 July 2015

Azman Adnan dipecat


Fauzi Pilus akan mengambil alih jawatan Azman untuk mengemudi pasukan menempuhi baki perlawanan musim ini. - Gambar Astro ARENA

Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk berpisah dengan Ketua Jurulatih, Azman Adnan berikutan kemerosotan prestasi The Cops musim ini.Azman, yang merupakan jurulatih yang ketujuh dipecat di dalam Liga Malaysia tahun ini diiringi tonggak utama Muslim Ahmad dan Azmin Roya selepas kontrak mereka ditamatkan ekoran paparan yang kurang memuaskan.

Dikhabarkan keputusan pemecatan bekas penyerang Selangor itu telah dibuat beberapa hari sebelum sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, Fauzi Pilus akan mengambil alih jawatan Azman untuk mengemudi pasukan menempuhi baki perlawanan musim ini."Buat sementara ini, kami akan teruskan cabaran baki perlawanan musim ini sekaligus memperbaiki rentak permainan pasukan," ulas Fauzi. 

- Sumber: Astro Arena 

No comments:

Post a Comment