Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib. - Foto Astro AWANI/Linda Salim
KUALA LUMPUR: Lebih kurang 1,500 wakil badan bukan kerajaan (NGO) tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini untuk menghadiri majlis #NothingtoHide: "Dialog PM bersama NGO" pada Jumaat.
Wakil NGO dan media masih menanti untuk program bermula walaupun pada jam 8.55 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan acara menerusi laman Twitternya.
Kira-kira jam 9.30pagi, juruacara majlis berkata acara ini tidak terbuka kepada pihak media dan media diarah untuk beredar dari dewan setelah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dirakam.
Ketika ini, pihak NGO dan wakil media masih menanti ketibaan Najib.
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan sudah tiba dan menanti di bilik VIP.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment