Friday 19 June 2015

Aktres Korea maut kemalangan semasa aktiviti terjun udara


Mayat Jung ditemui terbelit dengan payung terjunnya berhampiran sebuah tembok laut di Goheung Bay, pada Rabu.


MODEL dan pelakon Korea, Jung In Ah, maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai aktiviti terjun udara (skydiving).

Wanita berusia 35 tahun itu hilang selepas melakukan terjunan dari sebuah pesawat di Wilayah Jeolla Selatan, Sabtu lalu.

Difahamkan, Jung telah setahun menyertai aktiviti terjun udara sebagai persiapan untuk membawakan satu watak dalam sebuah filem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Mayat Jung ditemui terbelit dengan payung terjunnya berhampiran sebuah tembok laut di Goheung Bay, pada Rabu.

Sumber polis Goheung dalam satu kenyataan memberitahu Jung mati akibat lemas.

"Payung terjunnya terbuka dengan baik. Berkemungkinan dia gagal mendarat di darat. Pihak berkuasa masih menyiasat jika cuaca buruk menyumbang kepada tragedi ini," kata sumber itu.

Antara lakonan Jung yang paling diingati adalah dalam drama bersiri The secret of Keu keu Island. Drama yang disiarkan pada tahun 2008 itu berkisarkan tentang sekumpulan rakan sekerja yang terdampar di sebuah pulau terpencil.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment