Thursday 2 April 2015

Wanita maut digilis MPV

Motosikal ditunggangi mangsa terjatuh di kilometer 6.2 Lebuh Raya Kemuning.

SHAH ALAM - Seorang wanita maut digilis kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas motosikal ditungganginya terjatuh di kilometer 6.2 Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nursyahniza Zulkifli, 30, cuba mengelak sebuah motosikal lagi menyebabkan dia hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa dalam perjalanan dari Seksyen 14 ke Seksyen 18.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment