Saturday 4 April 2015

Denggi ragut 104 nyawa sejak Januari

  • denggi
  • Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tiga kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh empat hari sejak Ahad lepas, menjadikan jumlah kematian akibat deman denggi meningkat kepada 104 kes pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, jumlah kes kematian akibat denggi dalam tempoh Januari hingga kini telah meningkat 76.3 peratus berbanding 59 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak Ahad, sebanyak 890 kes baharu denggi dilaporkan, menjadikan jumlah 33,425 kes setakat tahun ini berbanding 24,510 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Dr Lokman Hakim berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pergerakan Bebas Denggi Malaysia (DFMM) yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, di sini, hari ini.

DFMM diasaskan atas inisiatif Country Heights Holdings Berhad dan Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai penaung.

Dalam ucapan pelancaran itu, Tengku Amir bertitah rakyat perlu mengubah pemikiran mereka dan mengumpul usaha untuk memerangi nyamuk aedes yang boleh membawa maut.

"Membasmi denggi memerlukan sokongan semua pihak dan penyertaan penuh komuniti," titahnya.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan pengasas Country Heights, Tan Sri Lee Kim Yew. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment